7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Derivatif Malaysia mengakhiri minggu dagangan yang singkat ini lebih tinggi berikutan kadar pengeluaran minyak sawit yang rendah daripada jangkaan dan prestasi eksport Jun yang kukuh, kata penganalisis komoditi.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini ketika Presiden Donald Trump terus meningkatkan tekanan ke atas Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian digital, Exabytes dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS) dan Forward College menubuhkan Pusat Kecemerlangan Awan (CCoE) di Pulau Pinang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd (Powerwell), Powerwell International Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak pusat data bernilai RM8.3 juta daripada PT Duta Listrik Graha Prima.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar US pada Khamis, disokong oleh komen Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan ketidaktentuan daripada kesan inflasi tarif.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh ketegangan geopolitik yang reda dan data ekonomi AS yang hambar sekali gus mengekalkan tekanan ke atas dolar.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 June (Bernama) -- Sun Life Malaysia telah melantik Ho Teck Seng sebagai Presiden dan Ketua Negaranya yang baharu, serta Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Assurance Bhd berkuat kuasa 1 Julai 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kemungkinan gencatan senjata dalam konflik Israel-Iran, kata ahli ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah (SK) menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi telekung terbaharunya, Maharani, yang dilancarkan hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).