1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader Solar Energy II Sdn Bhd (LSE II) dengan perkongsian bersama Plus Xnergy Services Sdn Bhd, akan menggunakan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sodium sulfur (NaS) pertama di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam keadaan penurunan harga minyak mentah dan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia telah menggariskan tiga strategi untuk ASEAN apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi perkumpulan tersebut pada 2025, termasuk mengukuhkan rantaian nilai serantau dan kerjasama kawal selia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Crest Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE, menggesa kerajaan supaya mengutamakan pembangunan bakat dan menarik pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dalam Belanjawan 2025 akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1tahun ago
KUCHING, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di sini pada 14 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS dan data inflasi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur semasa awal dagangan pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengalihkan tumpuan kepada tahap dan kecepatan pengurangan kadar faedah AS akan datang, selepas yakin pelonggaran monetari akan berterusan, kata pakar ekonomi.