Terdapat 943 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti "

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.

PMKS Utara Boleh Guna Pembiayaan MyCIF Untuk Kembang Perniagaan

BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di wilayah utara digalakkan untuk meneroka peluang pembiayaan baharu melalui Malaysia Co-Investment Fund (MYCIF).

Enam Lagi Cawangan Affin Bank Akan Dibuka Di Sarawak Menjelang Julai Ini

KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Sebanyak enam lagi cawangan Affin Bank Bhd akan dibuka di Sarawak menjelang Julai ini menjadikan kesemuanya 14 cawangan di negeri itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan sebahagian pelabur terus melakukan pengambilan untung, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kebanyakan pasaran serantau.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Belian Bersih RM77.9 Juta, Institusi Tempatan Pemacu Bursa Bagi Minggu Ke-17 - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Penstabilan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berada Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Dalam Dagangan Awal

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Dan ASEAN, Menjelang Pengumuman KDNK Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang negara ASEAN pada Jumaat, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2024 hari ini, kata seorang penganalisis.