1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.
1tahun ago
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia terus berfungsi sebagai hab logistik untuk panel solar ketika Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembangun dan pengendali terkemuka pusat data berprestasi tinggi, GDS International bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan pembekal global dalam siri perkongsian, ia diunjurkan membawa masuk pelaburan sekitar RM1 bilion pelaburan untuk kilang bersepadu dan pusat perkhidmatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).
1tahun ago
KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- AMB Connect melalui Platform Pendanaan Ramai Ekuiti Islam berusaha menyediakan penyelesaian kewangan yang mematuhi kepercayaan dan ketelusan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpul modal dan mengemudi cabaran pembiayaan tradisional.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Memandangkan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun depan, ia sewajarnya menumpukan pada pelaksanaan lebih banyak langkah berpaksikan rakyat dan perdagangan intra-ASEAN, kata pakar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.