Terdapat 1080 berita berdasarkan kata kunci carian " kuasa"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Selepas AS Umum Naikkan Tarif

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.

Thailand Sedia Berunding Dengan AS Selepas Dikenakan Tarif 36 Peratus

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 3 April (Bernama) -- Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.

Malaysia Perlu Alih Ekonomi Ke Tahap Produktiviti Lebih Tinggi -- Nordin Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengalihkan ekonominya ke tahap produktiviti yang lebih tinggi untuk kekal berdaya saing selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarifnya.

Tarif Terbaharu Trump Beri Tekanan Kepada Pasaran Serantau, Eksport E&E Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran kewangan global dan ekonomi serantau yang bergantung kepada eksport termasuk Malaysia harus bersiap sedia untuk peningkatan kemeruapan susulan pengenaan tarif yang agresif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkuat kuasa 5 April dan 9 April 2025.

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Raih Manfaat Besar Susulan Pengumuman Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi hari ini apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.

FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Dolar AS Meningkat Selepas Langkah Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas  global.

Saham Petronas Gas Turun 1.30 Peratus Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak dalam julat yang terhad sepanjang minggu dagangan singkat minggu depan berikutan cuti umum, mencerminkan prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515.

MIDA Perkenal Pas Pelabur Untuk Galak Pelaburan Asing

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melancarkan Pas Pelabur berkuat kuasa pada 1 April untuk menambah daya tarikan pelaburan Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.