Terdapat 1300 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.

Keyfield Meterai MOA Beli Kapal Tunda Pemasangan Kabel Bernilai US$20.55 Juta

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Ventures (Labuan) Ltd (KVL) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan syarikat China, Taizhou Sanfu Ship Engineering Co Ltd untuk membeli kapal tunda pemasangan kabel baharu sepanjang 98 meter.

Pembangunan Seimbang, Impak Berkekalan: Pelan Tindakan Ekonomi Tun Abdullah Dikenang

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima tetapi juga sebagai pemimpin berwawasan yang memperjuangkan pendekatan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan seimbang, kata ahli ekonomi.

Fact 2025: Malaysia Pacu Pertumbuhan Perdagangan Dengan Piawaian Komoditi Seragam

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.

Pelan Hala Tuju Gas Negara Dalam Proses Akhir Untuk Dimuktamadkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dalam proses akhir untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sarawak Perlu Kaji Semula Rancangan Pembangunannya Ekoran Tarif AS - Abang Johari

KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).

30 Saham Teratas FBM KLCI Dijangka Kekal - MIDF

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan 30 saham-saham mewah kekal tidak berubah dalam tinjauan separuh pertama FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI akan datang pada Jun tahun ini.

Tarif - Musuh Tidak Diundang, Tindakan Sepihak Cetus Celaru Dagangan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pada masa ini hampir seluruh golongan dewasa dan ramai golongan muda mungkin telah terbaca mahupun mendengar mengenai “tarif” sama ada menerusi berita, media sosial atau perbualan harian sejak 2 April lepas.

Fibromat Sasar Raih RM17.8 Juta Hasil IPO Di Pasaran ACE

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Hibiscus Petroleum Raih Pendapatan RM2.7 Bilion Tahun Lepas, Fokus Pertumbuhan Masa Depan

KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.

Sorrellicious Legacy Sasar Eksport Roselle Kering Ke Pasaran Asia Tenggara Tahun Ini

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR,10 April (Bernama) -- Pengeluar produk berasaskan roselle segar, Sorellicious Legacy, beroperasi di Klang, Selangor menyasarkan untuk mengeksport roselle kering ke pasaran Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.

Tarif AS: Maybank IB Kekalkan Prospek Positif Terhadap Sektor EMS

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan prospek positifnya terhadap sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) walaupun terdapat impak daripada tarif baharu yang memberi tekanan kepada penilaian sektor tersebut.