11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024, yang tertinggi pernah direkodkan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives mencatat paras tertinggi dengan 22.75 juta kontrak didagangkan bagi semua produk pada 2024, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 19.11 juta kontrak pada 2022.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak sembilan syarikat subsidiari milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2021, dengan jumlah kerugian pada 2023 mencecah RM224.21 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas berbanding belian bersih sebanyak RM77.9 juta pada minggu berakhir 14 Februari.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada Jumaat lepas, didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan yang dikeluarkan minggu lepas.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal mendapat sokongan pada minggu hadapan berikutan ketidakpastian terhadap dasar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang memacu lonjakan harga emas global baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki pasaran global selepas harga logam berharga itu mencecah paras tertinggi baharu US$2,955 setiap auns troy, semalam.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bank-bank pelaburan menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.00 peratus pada 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi.