1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan akan menjadi pemangkin kepada penerimagunaan teknologi termaju negara terutama dalam pendigitalan, justeru menjadikannya lebih menarik dalam kalangan pelabur asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di Asia Tenggara dijangka meningkat pada kadar purata 2.0 peratus setahun dari 2023 hingga 2033, menurut BMI, unit Kumpulan Fitch.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelabur institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti berjumlah RM244.6 juta di Bursa Malaysia minggu lepas selepas jualan bersih dalam masa yang singkat pada minggu sebelumnya.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd dalam usaha sama (JV) dengan Conlay Construction Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor pembangunan secara keseluruhan bagi loji janakuasa Hidroelektrik Ulu Padas di Sabah.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran rendahnya bagi hari kelima berturut-turut pada Jumaat apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang pergerakan pasaran yang ketara, kata seorang penganalisis.