Terdapat 10810 berita berdasarkan kata kunci carian " s"

AAX Peroleh Sepenuhnya Tawaran Saham Persendirian Bernilai RM1 Bilion Pada RM1.65 Sesaham

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.

Pengeluaran MSM Malaysia Menyusut Kepada 19.5 Hingga 19.8 Juta Tan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia pada 2026 diunjurkan berkurangan kepada 19.50 juta tan hingga 19.80 juta tan metrik berbanding 20.28 juta tan yang dicatatkan pada 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. 

AirBorneo Tukar Kod Penerbangan Daripada MH Kepada MY Berkuat Kuasa 14 Januari

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- AirBorneo yang sebelum ini beroperasi di bawah kod penerbangan MH (siri MH3000) akan beralih ke kod penerbangan MY (siri MY3000) berkuat kuasa 14 Januari.

Air Minuman Beroksigen Premium 'OXYKA' Dilancar, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat pengedaran dan pemasaran air sedia diminum berjenama “Haos Ek?”, ADIN Marketing Group Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan OXYKA, produk air minuman beroksigen dan beralkali pH 8.5 direka bagi memenuhi keperluan hidrasi berkualiti dalam gaya hidup moden.

Saham Sunway, IJM Melonjak Berikutan Cadangan Penggabungan

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd adalah antara kaunter paling aktif, didagangkan lebih tinggi pada tengah hari berikutan sentimen positif yang timbul susulan potensi penggabungan antara kedua-dua syarikat itu.

Sarawak Perkenal Levi Karbon Ke Atas Sektor Minyak, Gas Dan Tenaga - Abang Johari

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sarawak akan memperkenalkan levi karbon ke atas kemudahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga pada tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

AirAsia X Dinamakan Semula Sebagai AirAsia Pada 19 Januari - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Kewangan Islam Berpotensi Sediakan Penyelesaian Untuk Keterangkuman, Perubahan Iklim - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kewangan Islam telah menunjukkan potensinya untuk menyediakan penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran berkaitan rangkuman dan perubahan iklim, kata Bank Dunia hari ini,

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 29.6 Peratus Pada November 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 29.6 peratus pada November 2025 kepada 20,891 tan berbanding pada Oktober 2025  iaitu 29,673 tan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.