2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Hock Soon Capital Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan apabila dibuka pada 53 sen, berkurangan tujuh sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 60 sen, susulan permintaan pelabur yang lebih rendah daripada jangkaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung beberapa kaunter saham mewah, khususnya kaunter kesihatan.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Selasa, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila minat belian kembali ke atas saham teknologi susulan jualan besar-besaran dipacu saham kecerdasan buatan (AI) minggu lepas.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dilihat berpotensi untuk memacu projek berkaitan iklim dan menempatkan diri sebagai model global bagi penyelesaian iklim jika modal, dasar dan pembangunan pengetahuan diselaraskan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM466.91 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM409.92 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM178 juta pada suku keempat berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM203.56 juta yang dicatatkan tempoh yang sama tahun sebelum ini.