1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, pengeluar komponen automotif tradisional pada hari ini telah menggubah dirinya kepada syarikat yang lebih dipacu teknologi, mencerminkan peralihan yang lebih berfokus ke arah kenderaan pintar dan lebih terhubung.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi ambang unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus mencerminkan keberkesanan reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 16 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2025 yang akan diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, dijangka menunjukkan pertumbuhan yang positif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembinaan dijangka mencatatkan aliran pekerjaan yang tinggi pada 2026, disokong oleh aliran kontrak positif yang menumpukan projek infrastruktur serta pusat data yang berterusan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pembiayaan Islam Malaysia akan menyumbang hampir separuh daripada jumlah pembiayaan sektor perbankan menjelang 2030 berbanding 42 peratus pada akhir 2024, menurut S&P Global Ratings.
1bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kalangan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia kini menantikan keputusan penting Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan pengenaan tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump yang akan diumumkan lewat hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines memperkenalkan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap pasaran China yang lebih luas serta mempertingkatkan kesambungan penerbangan antara Malaysia dan barat China.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu hadapan memandangkan pasaran mungkin kekal disokong secara konstruktif, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Johor muncul sebagai satu daripada negeri paling berprestasi dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah manakala Sabah mencatatkan peningkatan di segmen kediaman, komersial dan perindustrian.