10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-13 bulan berturut-turut, meningkat 3.1 peratus kepada RM241.95 bilion berbanding Januari 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, Feb 18 (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM19.51 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, berbanding RM22.38 juta bagi tempoh sama setahun lepas.
10bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah minggu hadapan disebabkan kelemahan dalam eksport baru -baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata jumlah peratusan pegangan pelabur asing dalam pasaran modal di Malaysia berada pada tahap 19.4 peratus setakat Januari 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dalam wilayah negatif, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awam dan berkemungkinan melengahkan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awal dan mengekang Rizab Persekutuan AS (Fed) daripada bertindak melonggarkan dasar monetarinya.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal suram walaupun laporan inflasi negara maju itu meningkat daripada jangkaan awal.
10bulan ago
Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) -- India mengimport sebanyak 90,307 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari 2025, menandakan jumlah import terendah negara itu bagi komoditi tersebut dalam tempoh 13 tahun.
10bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk empat hari berturut-turut didorong oleh pertumbuhan output yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima anugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024 yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.