Terdapat 75 berita berdasarkan kata kunci carian " kriteria"

Kerajaan Ambil Pendekatan Pragmatik Bangun Perancangan Ekonomi - Rafizi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Subsidi Bersasar RON95 Perlu Dibuat, Elak Ketirisan Subsidi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan Utamakan Projek Berpaksikan Rakyat, Keperluan Mendesak Di Kelantan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menilai dan memberi keutamaan kepada projek-projek yang menjurus kepada keperluan mendesak rakyat di Kelantan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

MPOC Jangka Cadangan Tangguh Pelaksanaan EUDR Akan Diluluskan Parlimen EU

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Kerajaan Komited Laksana Cukai Minimum Global Pada 2025 – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melaksanakan Cukai Minimum Global (GMT) pada tahun 2025, kata Kementerian Kewangan.

SC Laksana Peranan Aktif, Sumbang Kepada Taksonomi ASEAN - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlibat secara aktif dalam  menyumbang kepada Taksonomi ASEAN melalui Lembaga Taksonomi ASEAN yang dianggotai kalangan bank pusat, pihak kawal selia sekuriti dan kawal selia insurans.

Pensijilan MSPO: Langkah Ke Arah Kelestarian, Impak Dan Cabaran Bagi Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Dalam usaha melestarikan industri sawit tempatan, pekebun kecil di negara ini telah menerima impak positif selain turut menerima cabaran daripada pengenalan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.

Beberapa Negara ASEAN Turut Minat Sertai BRICS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Akan Terus Nilai Perkembangan BRICS, Pastikan Penglibatan Beri Faedah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Malaysia Semakin Menarik Kepada Pelabur Asing - UBS Global Research

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research. 

Kerajaan Bantu Pekebun Kecil Penuhi Tarikh Akhir Terkini EUDR - Johari

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Kerajaan mengumumkan sokongan kepada pekebun kecil kelapa sawit tempatan untuk membantu mereka memenuhi tarikh akhir Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) baharu, yang dilanjutkan sehingga 30 Dis 2025.