BERITA TERKINI   Masters Indonesia: Beregu wanita utama negara Pearly-Thinaah muncul juara selepas Igarashi-Takahashi tarik diri dari final - BAM | APG 2025: Malaysia capai sasaran 181 pingat menerusi sukan tenis kerusi roda | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini - Pengerusi | Ahmad Zahid harap parti teras BN terus bersama dan diperkukuh termasuk MIC | RPN 2026-2035: Tabika KEMAS ubah suai, selaras silibus untuk didik kanak-kanak 3 dan 4 tahun - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " meja bulat "

Lawatan PM Anwar Ke Brazil Perkukuh Hubungan Diplomatik 65 Tahun, Perdagangan

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Potensi Eksport Malaysia RM1.24 Bilion Ke Peru - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan potensi eksport RM1.24 bilion (US$0.3 bilion), khususnya dalam sektor berpotensi tinggi susulan inisiatif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Malaysia Dan Peru Kukuhkan Kerjasama Ekonomi Terutama Dalam Sektor Halal

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

RSPO Bantu Pekebun Kecil Pacu Pengeluaran Minyak Sawit Lestari

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 13 Nov (Bernama) – Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti untuk menyokong pekebun kecil mengamalkan amalan mampan bagi menghasilkan Minyak Sawit Lestari Bertauliah (CSPO).

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Mesir Jana Potensi Eksport Bernilai RM4.8 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.

MIDA Kenal Pasti 12 Syarikat Mesir Berminat Teroka Pelaburan Di Malaysia

Daripada Nashir Mansor

KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenal pasti 12 syarikat pembuatan terkemuka Mesir yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin - Duta 

LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022. 

RSPO, HCVN Meterai MoU Untuk Perkukuh Perlindungan Ekosistem Dalam Industri Minyak Sawit

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 11 Nov (Bernama) -- Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) hari ini dengan rangkaian pengurusan nilai pemuliharaan tinggi (HCVN) untuk meningkatkan usaha dalam melindungi hutan HCV dan stok karbon tinggi (HCS) yang penting kepada pengeluaran minyak sawit mampan.

RSPO Mohon Kerjasama Inovasi Pacu Transformasi Industri Minyak Sawit Mampan

BANGKOK, 11 Nov (Bernama) -- Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menggesa kerjasama yang lebih meluas bagi meningkatkan inovasi dan memacu perubahan sistemik yang transformatif dalam sektor minyak sawit.

Dasar Ekonomi MADANI Dapat Pacu Ekonomi Global - Anwar

KAHERAH, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dasar Ekonomi MADANI yang jelas di bawah pentadbirannya berupaya untuk terus memacu ekonomi Malaysia di peringkat ASEAN dan global.

PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak APEC

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.