Terdapat 6825 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

70 Peratus Depoh Adunan Sedia Laksana Biodiesel B15 Guna Fasiliti Sedia Ada - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Lebih 70 peratus depoh pengadun di Malaysia bersedia untuk melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada, susulan pengumuman kerajaan untuk meningkatkan adunan biodiesel kepada B15 secara berperingkat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Didorong Tumpuan Kepada Disiplin Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya tahan walaupun menghadapi kekangan bekalan global dan ketidaktentuan harga tenaga, didorong tumpuan kepada disiplin fiskal dan pembaharuan ekonomi.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS dan mata wang utama lain semasa mengakhiri dagangan pada Selasa walaupun Indeks Dolar AS mengukuh berikutan pelabur memantau rapi perkembangan semasa dan menjangka hasil rundingan yang sedang dijalankan antara Amerika Syarikat dan Iran.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang kukuh.

Wartawan Bernama Terpilih Sertai Biasiswa Khazanah Wolfson Press Fellowship 2026

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Sentimen Berhati-hati

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa selaras dengan niaga hadapan getah serantau dalam keadaan harga minyak mentah menurun dan jualan kenderaan yang rendah, kata peniaga.

Prospek Ringgit Teguh, Dijangka Uji Semula Paras 3.88 Susulan Aliran Masuk Dana Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.

MATRADE Kekalkan Unjuran Pertumbuhan Perdagangan 2026 Antara 3 Hingga 5 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengekalkan unjuran pertumbuhan perdagangan 2026 antara tiga peratus hingga lima peratus, disokong oleh tinjauan berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.

Perniagaan Malaysia Mesti Beralih Kepada Model Destinasi Selamat, Premium - Sim

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia mesti berhenti bersaing pada harga rendah dan sebaliknya meletakkan diri mereka sebagai destinasi premium dan selamat di pasaran global.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Belian Terpilih Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman  yang lemah.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.