1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$125.53 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$266.1 juta pada akhir Disember 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seramai 94,677 pekebun kecil menerima manfaat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan jumlah bayaran sebanyak RM9.50 juta sepanjang tempoh Januari hingga November 2025, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM250.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, menyusut daripada RM310.12 juta pada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam jumlah dagangan sekuriti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) melihat prospek pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan pada 2026 dan menjangkakan inflasi terus kekal sederhana.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco-Shop Marketing Bhd (Eco-Shop) meningkat kepada RM61.89 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2025 (S2 TK2026) daripada RM53.60 juta, mewakili kenaikan sebanyak 15.5 peratus tahun ke tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Gamuda Land melancarkan kempen jualan terbaharunya, “Money Mari Home” yang menawarkan sokongan pembiayaan rumah berstruktur serta fleksibiliti pembayaran bagi memudahkan keputusan pembelian di seluruh portfolio hartanah kediaman dan komersialnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Jan 23 (Bernama) -- Reformasi di bawah rangka kerja Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) bertujuan menyusun semula sistem insurans penjagaan kesihatan di Malaysia, dengan beralih daripada kaedah pembayaran untuk perkhidmatan kepada model berasaskan nilai bagi membendung kenaikan premium dan menambah baik akses rawatan.