BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 127 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah eksekutif"

EXIM Bank, Marrybrown Meterai MoU Bagi Memacu Pengembangan Rangkaian Ke Australia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.

Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Kerja RM162 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM) menerima surat lantikan (LOA) daripada Majestic Gen Sdn Bhd bagi kontrak kerja berjumlah RM162 juta.

NTT DATA Payment Services Lancar ADAPTIS, Era Baharu Dalam Arena Perniagaan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju.

Nuren Group Rancang IPO Nasdaq, Lantik ZICO Evolve Capital Sebagai Penasihat Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Nuren Group Ltd (Nuren) merancang untuk disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS).

Mustakim Mohamad Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

Anak Syarikat Meta Bright Peroleh Kontrak Bekal Konkrit Untuk Projek Di Sabah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Meta Bright Group Bhd (MBGB) menerusi anak syarikat 70 peratus miliknya, Expogaya Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan konkrit berjumlah RM30 juta bagi projek Boulevard 360 Bundusan di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. 

Malaysia Nyata Komitmen Teguh Terhadap Keselamatan Tenaga Di London

Oleh Salawaty Supardi

LONDON, 26 April (Bernama) -- Malaysia menyatakan komitmen teguh terhadap keselamatan serta peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat global seiring dengan aspirasi dunia untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.

Bin Zayed Labur AS$500 Juta Dalam Projek Kilang Penapisan Bahan Api Penerbangan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.

TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.

TPM Fadillah Adakan Kunjungi Hormat Ke Atas Naib Presiden Turkiye

ANKARA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan lawatan kerja rasminya ke Turkiye dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz di kompleks presiden di sini pada Selasa.

TPM Fadillah Ke Turkiye Dan London Mulai Selasa, Tinjau Bidang Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memulakan lawatan kerja selama empat hari ke Turkiye dan London bermula Selasa ini dalam usaha meninjau peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga.