Terdapat 4025 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

JS-SEZ: Komuniti Luar Bandar Johor Bakal Lahir Tenaga Kerja Celik AI, Digital

JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menyaksikan transformasi drastik landskap luar bandar di negeri ini menerusi penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan ekonomi digital berskala makro bermula dari peringkat akar umbi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Cuti Aidiladha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.

Peniaga Jangka Prospek Perniagaan Lebih Sederhana Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Peniaga menjangka prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan petunjuk keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada 4.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila terdapat aktiviti pengambilan untung awal dalam persekitaran harga minyak mentah rendah berikutan petunjuk potensi ketegangan mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Censof Menang Kontrak LHDN Bernilai RM19.9 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd telah menerima dua surat penerimaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kontrak dengan nilai gabungan RM19.9 juta.

Petronas, Aramco Umum Pemindahan Pemilikan Penuh PRefChem Kepada Petronas

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Sime Darby Melonjak Kepada RM654 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Enam Minggu Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM572.9 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah sewaktu dagangan dibuka pada Isnin, diasak sentimen pelabur yang berhati-hati serta minat belian suram walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.