Terdapat 343 berita berdasarkan kata kunci carian " sidang media"

FMM Harap Tiada Cukai Tambahan Sektor Pembuatan Dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai tambahan ke atas industri pembuatan semasa pembentangan Belanjawan 2026.

SCEKL25: Shengzhiyuan Sasar Pasaran Malaysia Untuk Penyelesaian Trafik Pintar

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- China Shengzhiyuan Intelligent Technology Co. Ltd. menyasarkan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 17 hingga 19 Sept sebagai platform untuk memperluas pasaran di Malaysia.

KLK TechPark Bakal Jana 20,000 Pekerjaan, GDV RM3.5 Bilion

IPOH, 12 Sept (Bernama) -- Projek hab perindustrian bersepadu Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) TechPark di Tanjong Malim dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.5 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan meliputi pelbagai peringkat kemahiran.

Kawasan Tanaman Sawit Dijangka Cecah 5.64 Juta Hektar Pada 2025 -- Chan

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Chow Yakin AHD Pulau Pinang Akan Pulih Hampir RM1 Bilion Menjelang 2028

GEORGE TOWN, 11 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yakin Akaun Hasil Disatukan (AHD) negeri dapat dipulihkan kepada hampir RM1 bilion menjelang 2028 menerusi strategi pengurusan kewangan berhemat dan hasil negeri yang meningkat.

Cadangan Sambung Jajaran ECRL Ke Rantau Panjang Masih Pada Peringkat Awal Perbincangan - PM Anwar

BEIJING, 3 Sept (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIMB Kekal Optimis Capai Sasaran Kewangan 2025 Berpandukan ROE 11 Hingga 11.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd kekal yakin dapat mencapai sasaran kewangan bagi setahun penuh 2025 berpandukan pulangan atas ekuiti (ROE) antara 11 hingga 11.5 peratus.

Syarikat Malaysia-Indonesia Kukuh Hubungan Niaga, Sasar Projek Makanan Percuma

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 29 Ogos (Bernama) -- Syarikat Malaysia, Bahtera Hijrah Holding Sdn Bhd (Hijrah Group) dan syarikat tempatan PT LBP Enterprises International memeterai kerjasama strategik bagi meneroka peluang perniagaan rentas sempadan, termasuk pembangunan dapur untuk Program Makanan Bergizi Gratis (MBG) di Indonesia. 

Malaysia Muncul Pasaran Ketiga Terbesar, Sumbang 20 Peratus Kepada Hasil Kumpulan IHH

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyumbang kira-kira 17 hingga 20 peratus kepada keseluruhan hasil IHH Healthcare, kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan itu Dilip Kadambi.

RHB Bank Unjur NIM Tahun Kewangan 2025 Antara 1.80 Dan 1.83 Peratus

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- RHB Bank Bhd menjangkakan margin faedah bersihnya (NIM) berada dalam lingkungan 1.80 dan 1.83 peratus bagi tahun kewangan 2025.

Ekonomi APEC Bersetuju Untuk Kerjasama Lebih Erat Dalam Industri Kreatif Dan Budaya

Daripada Farhana Poniman

GYEONGJU, 27 Ogos (Bernama) -- Menteri dan wakil peringkat tinggi daripada ekonomi APEC mengeluarkan kenyataan bersama yang menegaskan komitmen untuk meneruskan kerjasama dalam sektor budaya dan kreatif.

Sime Darby Motors Sasar Kerugian Berakhir Pada TK2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sime Darby Motors Sdn Bhd menjangkakan kerugian dialaminya akan berakhir pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 (TK2026), didorong oleh langkah-angkah konsolidasi atau penyusunan semula cawangan di China.