3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengumumkan peletakan jawatan Jeneral (Bersara) Tan Sri Zamrose Mohd Zain sebagai pengarah syarikat itu berkuat kuasa 12 Januari.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Manfaat lain yang timbul berikutan kebimbangan risiko global menyebabkan negara seperti Malaysia membentuk pakatan baharu dan meneruskan perjanjian perdagangan pelbagai hala atau dua hala serantau, bagi mengurangkan kesan khususnya dengan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat, kata Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia (WEF), Saadia Zahidi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menurunkan kos operasi kepada RM2.13 bagi setiap kutipan hasil yang bernilai RM100 pada 2025 kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.
3hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, terjejas oleh berita bahawa Indonesia telah membatalkan program biodiesel B50 pada tahun ini, di tengah-tengah paras stok yang tinggi, kata seorang peniaga.
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup 0.2 peratus lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh aliran masuk portfolio yang mampan ke dalam bon dan ekuiti Malaysia, mencerminkan keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan domestik, tetapan dasar yang stabil dan hasil sebenar yang menarik.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran COMEX Amerika Syarikat selepas disokong oleh permintaan selamat yang berterusan dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jumlah aset kewangan Maybank Group Wealth Management (GWM) mencecah lebih RM565 bilion setakat September 2025, disokong oleh momentum kukuh dalam pengurusan kekayaan Islam.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memeterai perjanjian kerjasama yang tidak mengikat dengan syarikat perkhidmatan pertahanan Perancis, Défense Conseil International (DCI).
3hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu didorong peningkatan yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan data ekonomi China yang bertambah baik, kata peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ninja Van Malaysia mengunjurkan pertumbuhan lima hingga 10 peratus dalam jumlah bungkusan domestik pada 2026 berbanding 2025, disokong oleh peningkatan berterusan dalam pembelian secara dalam talian.