2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan dan Malaysia memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi melalui Cabaran Pemula Niaga 2025, menyaksikan empat syarikat pemula niaga Taiwan yang cemerlang mara ke peringkat akhir Kategori Bandar anjuran Pentadbiran Pemula Niaga dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Taiwan (SMESA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bersama-sama melancarkan ‘Program Inspirasi Pendidikan Kewangan Belia Negara (Sesi 2025/2026)’ sebagai langkah untuk membentuk generasi bertanggungjawab dan berdaya tahan dari segi kewangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2025 mengetengahkan kecerdasan buatan (AI) ketika kalangan inovator, syarikat pemula niaga dan pembuat dasar global berkumpul di Persidangan Inovasi AI 2025 di sini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) dan Colform Sdn Bhd hari ini telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk pengambilalihan sebanyak 2.96 hektar tanah perindustrian di Taman Perindustrian Pulau Indah pada harga RM25.2 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab aeroangkasa dan penerbangan tempatan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks harga besi mencatatkan peningkatan antara 0.4 peratus hingga 1.9 peratus pada September 2025 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 (Selangor Twin Accelerator) menobatkan syarikat pemula niaga terbaik bagi dua trek utamanya, Deep-X dan Retail-X pada Hari Demo Akhir program itu di sini, hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan 100 peratus liputan rangkaian 5G dalam kawasan berpenduduk negeri itu pada awal tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Setia EcoHill Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh S P Setia Bhd, telah memeterai usaha sama (JV) dengan syarikat pelaburan hartanah Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd bagi membangunkan projek kediaman di atas tanah seluas 45.73 hektar.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.