Terdapat 4186 berita berdasarkan kata kunci carian "uda"

Selangor Perkukuh Agenda Kemampanan Menerusi Pelaburan WTE Bernilai RM2 Bilion

KUALA SELANGOR, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) melabur kira-kira RM2 bilion untuk membangunkan tiga loji Sisa-ke-Tenaga (WTE) sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang mempertingkatkan pengurusan sisa pepejal secara mampan.

Galatek Buka Kemudahan Di Pulau Pinang, Sedia Pelaburan Komited US$100 Juta

BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Galatek Technologies (Galatek) membuka kemudahan pembuatan, pemasangan serta penghantarannya di Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran maju.

GWM Malaysia Yakin kekal Momentum Pertumbuhan Dua Angka Menjelang Akhir 2026

​​​​​KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan dua angka menjelang akhir 2026 berikutan prestasi kukuhnya pada tahun lepas apabila jualan melonjak sebanyak 177 peratus kepada hampir 5,900 unit daripada 2,128 unit pada 2024.

Syarikat Gergasi Teknologi Global Agibot Dan Huawei Melabur Di Johor

KULAI, 12 Jun (Bernama) -- Johor secara rasmi menjadi kuasa serantau utama dalam pelaburan teknologi tinggi, melalui jalinan kerjasama dengan syarikat gergasi teknologi global, termasuk Huawei dan Agibot, untuk memacu projek Bandar Pintar Teknologi Johor bernilai RM80 bilion.

Wastech Sasar Malaysia Sebagai Hab Serantau Teknologi Baja Termaju

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Wastech Group Sdn Bhd merancang menubuhkan kilang salutan baja pelepasan terkawal di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha meletakkan negara sebagai hab teknologi baja termaju serantau.

Malaysia, ASEAN Raih Limpahan Manfaat Piala Dunia FIFA 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.

Terminal 2 KLIA Bakal Ditempatkan Kemudahan Pengecasan EV Ultra Pantas Pertama Di Malaysia

SEPANG, 10 Jun (Bernama) -- Stesen pengecasan ultra pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di lapangan terbang di Malaysia bakal dibangunkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur mobiliti hijau negara.

HRX Lancar Penyelesaian Khusus Bagi PKS Mudahkan Urusan Penggajian, Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- HRX di bawah IFCA MSC Bhd melancarkan inisiatif baharu yang menumpukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu majikan di Malaysia mengurus gaji dengan tepat, obligasi berkanun, tenaga kerja beroperasi lebih mudah dan mematuhi peraturan.

Anwar, Takaichi Adakan Rundingan Mengenai Tenaga Keselamatan Dan Kerjasama Ekonomi

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, industri strategik dan daya tahan rantaian bekalan semasa rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi.

Projek Pusat Data Kekal Sebagai Pemacu Pertumbuhan Sektor Pembinaan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Projek-projek pusat data dijangka kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama untuk sektor pembinaan Malaysia, disokong oleh pengembangan hiperskala, pelaburan yang semakin meningkat dalam infrastruktur digital dan lonjakan keperluan tenaga, menurut MBSB Bank Investment Bhd (MBSB IB).

APIRC Sasar Bangunkan 12 PKS Tempatan, Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion Menjelang 2030

GEORGE TOWN, 10 Jun (Bernama) -- Sebanyak 12 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan disasarkan dibangunkan dalam ekosistem pembungkusan termaju dan menarik pelaburan baharu bernilai RM8.5 bilion menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Negara Perlu Lebih Tegas Pertahankan Perdagangan Bebas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Negara berdaulat tidak seharusnya ragu-ragu dalam mempertahankan perdagangan bebas dan membantah tarif punitif atau dasar diskriminasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.