Terdapat 2932 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

Syarikat Perabot Malaysia Lepasi Sasaran Jualan RM200 Juta Di INDEX Saudi Arabia 2025

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kalangan syarikat Malaysia merekodkan jualan bernilai RM205.83 juta di INDEX Saudi Arabia 2025 yang diadakan baru-baru ini sekali gus mengatasi sasaran RM200 juta.

Pulau Pinang Sertai Ekspo Dunia 2025, Chow Ketuai Delegasi Ke Jepun

GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai delegasi agensi negeri utama ke Osaka, Kansai, Jepun bermula hari ini hingga 27 September untuk menganjurkan ‘Minggu Pulau Pinang’ di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025.

S&P Global Ratings Kekalkan Penarafan Kredit Berdaulat Malaysia, Tinjauan Stabil - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- S&P Global Ratings (S&P) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-’ dengan tinjauan stabil, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Pelabur Teliti Impak AS Turun Kadar Faedah, Ringgit Diunjur Bergerak Dalam Julat Kecil

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat lebih kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan negara maju itu menurunkan kadar faedah utamanya.

Sektor Perbankan Komited Salur Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Industri perbankan telah berikrar untuk menyalurkan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada masyarakat di Sabah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Maxis Tawar Penyelesaian Dipacu AI Bagi Bandar Pintar, Selamat Di Ekspo Bandar Pintar 2025

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis), menerusi cabang perusahaan perniagaan ke perniagaannya (B2B), Maxis Business, mempamerkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) di bawah tema “Cities of Tomorrow Begin Today”, di Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Central Spectrum, Halal International Selangor Jalin Kerjasama Bagi Hab Halal Global

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Halal International Selangor (HIS) hari ini bagi membangunkan ‘The Magnet’ -- Selangor Global HIS Village.’

Keuntungan Bersih Gamuda Melonjak Kepada RM1 Bilion, Catat Tempahan Dalam Tangan RM38 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih dari tahun ke tarikh semasa, Gamuda Bhd telah melonjak sebanyak 10 peratus memcecah paras RM1 bilion untuk tahun kewangan berakhir 1 Julai 2025.

CIMB Lanjut Penangguhan Pembayaran Kepada Pelanggan Terjejas Akibat Banjir Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan pelan bantuan banjir CIMB masih tersedia bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat banjir di Sabah baru-baru ini.

MIHAS 2025 Disasar Jana Jualan RM4.5 Bilion — MATRADE

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka mencapai sasaran jualan mencecah RM4.5 bilion, berdasarkan maklumat awal Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), kata Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). 

Unifi TV Perkenal Penstriman Serba Baharu, Tawar Kebebasan Pilihan Kandungan Hiburan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Unifi TV, platform bagi saluran premium dan aplikasi penstriman terbesar di Malaysia hari ini melancarkan pengalaman penstriman serba baharunya yang memberikan pengguna menikmati kawalan sepenuhnya ke atas pilihan kandungan tontonan mereka.

Malaysia Catat Jumlah Dagangan Lebih Tinggi Pada Jan-Ogos 2025 Berbanding 2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Malaysia merekodkan jumlah dagangan lebih tinggi bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan eksport melebihi RM1 trilion sebulan lebih awal berbanding 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).