11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.
11bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.
11bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui 90 syarikat tempatan dan empat agensi kerajaan ke Gulfood 2025, yang diadakan mulai 17-21 Februari di Pusat Perdagangan Dunia Dubai.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- DeepSeek menawarkan peluang baharu kepada pelabur kewangan yang berhasrat menyokong perkembangan selanjutnya perniagaan dipacu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia yang tidak terbatas hanya kepada teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
11bulan ago
BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Jumlah penumpang AirAsia X Bhd (AirAsia X) meningkat 41 peratus kepada lebih empat juta pada 2024, dengan faktor muatan penumpang naik sebanyak tiga mata peratusan kepada 83 peratus berbanding tahun 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penganjuran Acara Padanan Perniagaan Produk Perindustrian Thailand-Malaysia pada 10-12 Feb, 2025 di Imperial Lexis Kuala Lumpur di sini, dijangka menjana dagangan bernilai 120 juta baht (100 Baht=RM13.18).