1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2025, mampu menangani keperluan kritikal terhadap pilihan perumahan mampu milik di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos bagi memastikan setiap perancangan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta untuk mengusahakan semula ladang getah milik persendirian yang terbiar dan RM60 juta bagi pengeluaran lateks di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah langkah penting ke hadapan untuk menyokong pertumbuhan dan kemampanan industri sarung tangan getah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Kerajaan sedang mempertimbang menggunakan pangkalan data yang dihubungkan dengan kad pengenalan selain e-dompet dan kad debit yang dijadikan sebahagian daripada mekanisme sistem penetapan harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi RON95.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, dilihat sebagai langkah positif ke arah sasaran jangka pertengahan Malaysia mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.5 peratus menjelang 2027.
1tahun ago
SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Peruntukan berjumlah RM50 juta sebagai geran padanan digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dijangka membantu usahawan berautomasi dalam perniagaan terutama secara dalam talian dengan lebih cekap dan efisien.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk pengangkutan udara dijangka secara puratanya meningkat 4.3 peratus setiap tahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, berikutan pemulihan dalam industri penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.