5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030, diterajui permintaan domestik, terutamanya penggunaan dan pelaburan swasta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dengan identiti tersendiri berasaskan budaya dan hikmah Timur, sekali gus muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang 2030.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh semua inisiatif negeri yang selari dengan aspirasi nasional dan memberi ruang yang kondusif untuk pelaksanaannya di bawah payung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 51.8 peratus kepada 93,000 tan metrik bagi tempoh Januari hingga Mei 2025 berbanding 61,000 tan metrik dalam tempoh yang sama tahun lalu.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Johor berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM1.34 bilion daripada lima syarikat Singapura menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) memperoleh kontrak bagi menyediakan perkhidmatan perancah untuk operasi EPOMS Sdn Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kedudukan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang berkembang pesat kekal utuh, begitu juga komitmennya untuk meningkatkan integrasi ekonomi termasuk dalam bidang kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan satu langkah konsolidasi bagi memperkukuh operasinya pada masa akan datang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.