1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini kerana peniaga menunggu data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober, merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan dijangka menyediakan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) yang akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- AirAsia Group Bhd (AirAsia) diiktiraf oleh OAG Megahubs Index 2024 selaku penyumbang utama status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau hab mega bagi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) di peringkat global.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila peniaga memberi reaksi terhadap minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS).
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berjaya mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM61.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 daripada RM925.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk mempelajari serta menerajui ekonomi mampan global menerusi pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui, pertanian lestari serta inovasi digital.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian disokong kecerdasan buatan (AI), di samping dasar kerajaan yang menyokong inovasi teknologi akan memacu pertumbuhan pasaran AI Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research.