BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 1637 berita berdasarkan kata kunci carian " tarif "

Malaysia Anggap Afrika Sebagai Rantau Masa Depan, Rakan Strategik - Timbalan Menteri Luar

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat Afrika sebagai benua masa depan, rakan strategik serta pusat pertumbuhan global dan inspirasi yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Ringgit Pulih Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit pulih dan ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik terhadap mata wang tempatan itu meskipun ketidaktentuan global masih berterusan.

AI Dilihat Sebagai Pemacu Pertumbuhan Pada 2025 - WEF

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tinjauan pertumbuhan ekonomi global tahun ini adalah pelbagai dan di bawah tekanan dengan prospek yang lemah di Amerika Utara, daya tahan di rantau Asia-Pasifik dan optimis tetapi berhati-hati di Eropah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

Pelan AEC Bakal Perkukuh Ekonomi Digital Serantau, Diunjur Cecah US$1 Trilion - Ahli Ekonomi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Impak daripada usaha pengukuhan ekonomi digital rantau ini menerusi Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 dijangka sangat besar yang diunjur mencecah US$1 trilion menjelang 2030, kata seorang pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah semasa dagangan awal hari ini, terkesan dengan kekurangan berita penggerak pasaran berikutan peniaga menunggu lebih banyak penjelasan mengenai tarif daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan berterusan dolar AS dalam keadaan peningkatan kebimbangan mengenai trajektori fiskal Amerika Syarikat (AS) dan dasar perdagangan yang tidak konsisten.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

ASEAN Terap Pelan Ekonomi Padu Untuk Anjakan Ke Arah Pasaran Tunggal

Komentar Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.