1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meneruskan penyusutan semalam ketika prospek ekonomi global terus memberi sokongan terhadap mata wang negara maju itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia akan memberi tumpuan kepada memanfaatkan perjanjian perdagangan terbesar di dunia iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang kini telah dikuatkuasakan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Usaha dalam bentuk perjanjian perdagangan yang lebih mendalam dan pembaharuan domestik diperlukan bagi membina daya tahan ekonomi di rantau ASEAN dan Asia Pasifik Timur, terutama ketika berlaku perubahan dan ketidaktentuan secara ekstrem.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri peningkatan semalam apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pengumuman data-data negara maju itu yang lebih positif dan menarik pelabur kembali menumpukan mata wang itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu susulan permintaan meningkat terhadap dolar apabila data utama ekonomi AS dikeluarkan semalam, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit melantun semula daripada penurunannya baru-baru ini untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang seterusnya hingga mendorong permintaan untuk dolar AS.
1tahun ago
Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang penetapan People’s Bank of China (PBoC) hari ini, kata seorang penganalisis.