8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa golongan belia Malaysia dan pembeli insurans pertama untuk memanfaatkan pek permulaan i-MULA 50 sementara dana itu masih tersedia, dengan baki hanya RM2.4 juta bagi pemohon yang layak di seluruh negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan China, bukan hanya memupuk perkongsian perniagaan yang kukuh, tetapi juga dalam memajukan pelancongan, teknologi dan diplomasi budaya.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
8bulan ago
MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oriental Holdings Berhad (OHB) untuk bekerjasama dalam projek pembangunan industri bercampur di Melaka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM7 bilion.
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU, 15 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN dan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu meneruskan usaha penyelarasan inisiatif pendigitalan untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan transaksi antara kedua-dua rantau itu.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri peningkatan empat harinya dengan ditutup rendah pada Khamis, terjejas ekoran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, penyusutan ketara harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pemilik kereta lama kini berpeluang memiliki kenderaan baharu Proton menerusi Program Xchange yang dilancarkan oleh pengeluar kereta nasional itu hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Forum Energy Asia 2025 edisi kedua akan memberi tumpuan kepada isu geopolitik dan landskap makro yang melibatkan industri tenaga, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).