4bulan ago
MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC) bukan sahaja melengkapi ekosistem industri halal Malaysia malah meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Industri jualan langsung Malaysia berpotensi menjadi penerima manfaat besar susulan hasrat negara ini menyertai BRICS, kata Persatuan Edaran Terus Malaysia (MDDA).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat kutipan duti anti-lambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu pengilang solar Malaysia dan syarikat berkaitan yang terjejas oleh kenaikan tarif eksport solar Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah Washington itu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Modal dari China semakin beralih daripada ekonomi Kumpulan Tujuh (G7) dan kembali ke Asia terutama Asia Tenggara, dengan Malaysia dan negara jiran adalah sebahagian daripada penerima manfaat terbesar berikutan langkah itu, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa Juwai IQI.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- OB Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan kapasiti pengeluaran menjelang 2026 menerusi kilang baharu di Serendah, Selangor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
TUARAN, 28 Okt (Bernama) -- McDonald's Malaysia terus mengorak langkah memperluas operasi perniagaannya di Sabah dengan membuka satu lagi restoran baharu iaitu McDonald's Pandu-Lalu Tuaran Town di sini.