9bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
9bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembiayaan sindiket Islam jangka masa panjang US$100 juta (RM439 juta) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Baiduri Bank.
9bulan ago
SINGAPURA, 16 April (Bernama) -- Singapura menyeru pengintegrasian ekonomi di ASEAN dipercepatkan, dengan menggesa blok itu untuk menyasarkan penghapusan 100 peratus tarif di seluruh rantau ini, meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dan seterusnya mengurangkan halangan bukan tarif bagi membolehkan operasi perniagaan yang lebih lancar di seluruh rantau ini.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan China kekal sebagai rakan dagang paling penting Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan kekalutan sistem perdagangan global ketika ini susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan dan kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima tetapi juga sebagai pemimpin berwawasan yang memperjuangkan pendekatan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan seimbang, kata ahli ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 syarikat itu yang dijadualkan hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Perdana Menteri kelima dan bekas Pengerusinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.