BERITA TERKINI   Isteri bekas PTD Hafizuddeain, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan terima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 | 

Terdapat 1716 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi pagi dalam dagangan tidak menentu, berikutan sentimen pasaran lebih berhati-hati meskipun pasaran global mencatatkan peningkatan susulan keputusan mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menggantung pelaksanaan tarif Presiden Donald Trump.

Daripada Hobi Kepada Kerjaya, Logeswaran Mahu Terus Lebarkan Sayap perniagaan Ikan Hiasan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Hobi memelihara ikan hiasan sejak usia 10 tahun menjadi titik permulaan kepada kejayaan Logeswaran Arumugam, 38, yang kini mengusahakan perniagaan akuarium moden dan eksklusif di bawah syarikat miliknya SLF Pearl Capital Sdn Bhd.

Bursa Dibuka Tinggi Didorong Oleh Optimisme Terhadap Perancangan Pelaburan Digital Negara

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh optimisme terhadap perancangan pelaburan digital negara walaupun Wall Street mencatatkan penurunan semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

AI Dilihat Sebagai Pemacu Pertumbuhan Pada 2025 - WEF

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tinjauan pertumbuhan ekonomi global tahun ini adalah pelbagai dan di bawah tekanan dengan prospek yang lemah di Amerika Utara, daya tahan di rantau Asia-Pasifik dan optimis tetapi berhati-hati di Eropah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

TNB Terus Cemerlang Dalam Operasi Dan Mengukuhkan Tanggungjawab Sosial

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

MIDF Saran Pelabur Terima Tawaran Felda Ambil Alih FGV Pada RM1.30 Sesaham

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengesyorkan agar pelabur menerima tawaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengambil alih semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).