Terdapat 974 berita berdasarkan kata kunci carian " bri"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Syarikat Terkemuka Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.

SEZ Johor-Singapura, Eratkan Lagi Integrasi Dalam ASEAN – PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US berikutan penurunan permintaan terhadap dolar US dipengaruhi oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah dan jangkaan terhadap pelaksanaan tarif secara beransur-ansur, kata seorang penganalisis.

Malaysia Terus Perkukuh Kedudukan Sebagai Destinasi Utama Pelaburan Asing - Fahmi

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Unit Tidak Langsung Yinson Dapat Pelaburan RM4.48 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik tidak langsung Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Holdings Ltd (YPOHL) telah memperoleh pelaburan berjumlah US$1 bilion (RM4.48 bilion) daripada konsortium firma pelaburan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan selanjutnya. 

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup Selasa memandangkan peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar AS lewat hari ini.

Harga Purata MSM Malaysia Naik 9.7 Peratus Kepada RM4,179.50 Satu Tan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 9.7 peratus kepada RM4,179.50 satu tan tahun lepas daripada RM3,809.50 satu tan pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Cadangan Sekatan Eksport Cip AI AS Tidak Halang Kerjasama Mah Sing-BDC

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd kekal yakin bahawa sekatan baharu yang dicadangkan ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI) oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghalang kerjasamanya dengan Bridge Data Centres (BDC) atau pertumbuhan lebih luas bagi sektor infrastruktur digital Malaysia.