8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Aktiviti pembelian berterusan saham telekomunikasi dan media terpilih serta kaunter utiliti melonjakkan Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras intra hari tertingginya hari ini sejajar dengan momentum positif merentas pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian ketara saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan momentum positif di peringkat pasaran serantau.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit, menurut Fastmarkets Palm Oil Analytics.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dalam keadaan penyusutan dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mengubah kenaikan pada awal dagangan berikutan kebimbangan mengenai pengeluaran yang meningkat dan paras stok domestik yang tinggi yang menjejaskan sentimen pasaran.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dan permintaan eksport yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.