Terdapat 1354 berita berdasarkan kata kunci carian " peranan"

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG - Kapten Izham

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Bangunkan Industri Kereta Api

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk memperkukuh serta memajukan industri kereta api melalui kerjasama menyeluruh, merangkumi pembangunan industri rel, perkongsian amalan terbaik serta pelaksanaan projek bersama.

Bina Puri Lantik Marcus Goh Sebagai GCEO, Mohd Kamarudin Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd telah melantik Marcus Goh Kee Lun sebagai pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) manakala Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din sebagai pengarah bukan eksekutif bebas.

Huawei, MCMC Sasar Latih 300 Pemimpin Digital Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

China, Malaysia Meterai MoU Tingkatkan Pelaburan Dan Perdagangan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia menekankan kepentingan negara dari segi peranannya dalam ASEAN dan hubungan dua hala dengan China, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

U Mobile Lantik Huawei Malaysia, ZTE Malaysia Sebagai Rakan Kerjasama Untuk Rangkaian 5G

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi bagi pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya syarikat tersebut.

IATA Seru Kerajaan Tingkat Pengeluaran SAF Melalui Rangka Kerja Dasar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk melaksanakan rangka kerja dasar bagi mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF), dengan alasan bahawa jumlah SAF masih jauh di bawah paras ideal selain kos pengeluarannya yang masih tinggi.

NCER Catat Pelaburan Direalisasikan RM42.76 Bilion Di Pulau Pinang Pada 2024

GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.

Sirehemas Sasar Jual 236,000 Unit Produk Kesihatan Di Malaysia, Indonesia Dan Singapura

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sirehemas Pharma Sdn Bhd (Sirehemas) dengan kerjasama Euglena Co Ltd (Euglena) menyasar menjual lebih 236,000 unit produk kesihatan terbaharunya Euglena Royal Algae Drink dan Euglena Collagen Shot di pasaran Malaysia, Indonesia serta Singapura pada tahun ini.

Maybank Perluas Akses Pembayaran QR Ke Kemboja Melalui Aplikasi MAE

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- pelanggan Maybank yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran runcit KhmerQR secara serta-merta melalui Aplikasi MAE, pada bila-bila masa dan di mana jua dengan kadar pertukaran yang rendah.

Malaysia Mahu Ketengah Dasar Mampan Di Serata ASEAN - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia komited dalam usaha memacu peralihan hijau yang bukan setakat merangkumi kawasan sempadannya, malah di serata Asia Tenggara selain akan terus mengetengahkan dasar, teknologi serta amalan mampan yang memberi manfaat ke atas seluruh rantau itu.

Visi Tun Abdullah Jadikan Malaysia Peneraju Industri Halal Global Masa Kini

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Visi Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam merealisasikan industri halal sebagai sumber ekonomi negara menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global sehingga masa kini, menurut Halal Development Corporation (HDC).