9bulan ago
SEREMBAN, 10 Sept (Bernama) -- Sesi Mesyuarat ke-12 Kumpulan Kerja mengenai Statistik Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (WGSITS12) pada 8-9 September lepas, menjadi platform penting ASEAN dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Sesetengah pihak mungkin berpendapat pelaburan diluluskan yang dilaporkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan angka pelaburan langsung asing (FDI) daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Separuh Pertama 2025 kelihatan bercanggah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kadar pertumbuhan tahunan Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan penurunan marginal 0.2 peratus pada Jun 2025, mencatatkan 113.4 mata berbanding 113.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa angka pelaburan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merujuk secara khusus kepada cadangan pelaburan yang telah diluluskan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Indeks harga besi menunjukkan sedikit penurunan pada Julai 2025 dalam lingkungan -0.2 peratus hingga -3.5 peratus berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) bagi Jun 2025 yang lebih kukuh daripada jangkaan menunjukkan pertumbuhan jitu dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua iaitu sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat dengan ketara sebanyak 3.0 peratus pada Mei 2025 didorong oleh momentum pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi tuan rumah bagi Bengkel Antarabangsa Advance Statistical Data and Metadata Exchange (SDMX) yang berlangsung selama empat hari di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 4.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Jun 2025, selepas susut 3.6 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.