6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
6bulan ago
IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 150 syarikat di Perak menerima manfaat menerusi program pembangunan pengeksport dan kemudahan perdagangan yang disediakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sejak tahun lepas sehingga Mei tahun ini.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM20 juta merangkumi tiga dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Mei 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pelarasan bermusim Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global meningkat kepada 48.8 pada Mei daripada 48.6 dicatatkan pada April, menunjukkan keadaan sektor pembuatan bertambah baik.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan rentetan belian selama dua minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM876.5 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih mereka setakat ini bagi 2025 berjumlah RM8.78 bilion.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif akan didagangkan lebih tinggi minggu depan selepas para pelabur mula beralih kepada aset selamat di tengah-tengah ketidakpastian pasaran yang diperbaharui susulan perkembangan dalam dasar tarif Amerika Syarikat (AS), kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan meneruskan prestasi pasaran tunai asas, yang dijangka mengalami dagangan tidak menentu minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang berterusan.