Terdapat 146 berita berdasarkan kata kunci carian " pemaju"

Maybank IB: Cukai Jualan Barangan Keperluan Sifar Peratus Dijangka "Neutral" Kepada Sektor Pengguna

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Asia Vision Capital-JYSigma Bekerjasama Tingkat Perniagaan Dana Hartanah Ekuiti Serantau

JOHOR BAHRU, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat modal teroka, Asia Vision Capital Sdn Bhd (AVC) telah menjalinkan perkongsian dengan JYSigma Business Consultancy (JBC) untuk meningkatkan penglibatan pelabur dalam dana hartanah ekuiti swasta di rantau ini. 

IOI Properties, RHB Bekerjasama Tawar Pinjaman Kediaman Hijau

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd menjalinkan perkongsian dengan RHB Banking Group (RHB) untuk melancarkan pinjaman/pembiayaan rumah dan renovasi kediaman serta hartanah kediaman hijau membabitkan portfolio hartanah IOI Properties.

Untung Bersih Mah Sing Bagi Suku Pertama 2025 Melonjak Kepada RM66.04 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd mencatatkan lonjakan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM66.04 juta berbanding RM60.05 juta bagi suku pertama 2024, disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen pembangunan hartanah.

NorthBank Central Dibangunkan Ibraco Hampir Capai Kadar Penghunian Sepenuhnya

KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- NorthBank Central, nadi komersial kepada bandar utama The NorthBank di sini hampir mencapai kadar penghunian sepenuhnya, menandakan satu pencapaian penting visi syarikat untuk membangunkan perbandaran yang bersedia untuk masa depan.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi pagi dalam dagangan tidak menentu, berikutan sentimen pasaran lebih berhati-hati meskipun pasaran global mencatatkan peningkatan susulan keputusan mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menggantung pelaksanaan tarif Presiden Donald Trump.

Lagenda Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Pertama Kepada RM44.58 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Lagenda Properties Bhd meningkat kepada RM44.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM42.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Synergy ESCO Lancar ESG Light Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Synergy ESCO, yang merupakan anak syarikat Malaysia kepada Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang disenaraikan di Hong Kong telah melancarkan set ESG Light pertama di dunia.

ASEAN Perlu Pelaburan Lebih US$3 Trilion Bagi Peralihan Tenaga Menjelang 2050 - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia menyeru negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan perubahan asas dalam strategi pembiayaan bagi mencapai matlamat peralihan tenaga serantau, dengan pelaburan terkumpul dianggarkan melebihi US$3 trilion menjelang 2050.

LBS Meterai MoU Dengan Oriental Holdings Bangunkan Industri Bercampur Di Melaka

MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oriental Holdings Berhad (OHB) untuk bekerjasama dalam projek pembangunan industri bercampur di Melaka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM7 bilion.

Akta Pembaharuan Semula Bandar Buka Kelebihan Ketara -- PropertyGuru Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh. 

Tinjauan PropertyGuru Dedah 77 Peratus Rakyat Malaysia Ambil Kira Risiko Iklim Apabila Beli Rumah

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah.