Terdapat 118 berita berdasarkan kata kunci carian " pertahanan"

ASEAN Perlu Berani Atasi Halangan Dagangan Tingkatkan Pertumbuhan PMKS – SAMENTA

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mengambil langkah berani untuk menangani cabaran perdagangan utama melalui perjanjian yang boleh dikuatkuasakan bagi mengurangkan halangan bukan tarif, memperluas pengiktirafan bersama, serta mempercepat pelaksanaan ASEAN Single Window bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

LIMA’25 Platform Tonjol Kemampuan Syarikat Tempatan Di Peringkat Global

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Di sebalik kehadiran banyak syarikat gergasi antarabangsa dan tempatan berkaitan industri pertahanan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), terselit sebuah syarikat pembuat kasut bumiputera yang optimis menjadikan pameran kali ini sebagai platform memasuki pasaran antarabangsa.

Kontrak Akses ATM Ke Satelit X-band Airbus Dilanjutkan

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space (Airbus) telah memeterai kontrak dengan Kementerian Pertahanan (Kementah) untuk melanjutkan akses Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke perkhidmatan satelit X-band milik kumpulan itu, mencerminkan sokongannya kepada infrastruktur komunikasi pertahanan Malaysia.

Airbus Sasar Permintaan Pesawat A400M Terus Meningkat

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space yakin pesawatnya jenis A400M terus mendapat perhatian di rantau ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap penyelesaian mobiliti udara serba boleh di Asia Pasifik.

PM Anwar Sampaikan Perspektif Malaysia Di Rusia, Terima Anugerah Doktor Kehormat MGIMO

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

KAZAN, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di  Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).

Gangguan Penerbangan Akibat Konflik Tuntut Malaysia Tumpu Digital, Pelbagaikan Dagangan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia berkemungkinan meraih perolehan hasil lebih rendah jika terus berdepan peningkatan kos perjalanan udara, kelewatan rantaian bekalan serta aktiviti pelancongan yang susut akibat gangguan penerbangan yang berlanjutan. 

Malaysia-Maldives Perkukuhkan Hubungan Ekonomi, Sasar Peluang Pelaburan

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.

Bursa Malaysia Berjaya Bendung Akses Dan Aktiviti Dagangan Tanpa Kebenaran

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama)  -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjelaskan mengenai kerugian kesan daripada insiden akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran yang berlaku pada 24 April 2025, dikenal pasti dan berjaya dibendung.

Malaysia Berkedudukan Baik Terajui Keselamatan Siber Di ASEAN - Kaspersky

SINGAPURA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan terbaik dalam kesediaan keselamatan siber dalam ASEAN, kata firma keselamatan siber global Kaspersky.

Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.

T7 Global Peroleh Kontrak EPCC Daripada Petronas

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd (T7 Global), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas). 

BHPetrol Cadang Bangunkan 30 Stesen Minyak Baharu Di Luar Bandar

JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Bhd, BHPetrol bercadang membina sehingga 30 stesen minyak baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara.