1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini, meningkat kepada paras 3.94 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen yang bertambah baik terhadap jangkaan kemajuan diplomatik susulan laporan kemungkinan rundingan pusingan kedua AS-Iran.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula ke paras 3.95 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini, didorong oleh jangkaan terdapat pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong optimisme baharu terhadap pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
1bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Seorang ahli akademik mengingatkan bahawa konflik di Asia Barat menjadi peringatan jelas kepada Malaysia supaya mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu (TBB) secepat mungkin bagi mengelakkan risiko serta tekanan kos susulan lonjakan luar jangka harga minyak mentah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit melonjak sebanyak 135 mata asas untuk meningkat semula kepada paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik susulan potensi rundingan pusingan kedua antara AS dan Iran.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran serantau yang hambar apabila rundingan Iran-Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa penyelesaian, seterusnya mendorong Washington meneruskan rancangan sekatan terhadap Selat Hormuz.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan penurunan di pasaran serantau berikutan sentimen kekal tidak menentu di sebalik perkembangan semasa di Selat Hormuz.