13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Anak syarikat Binasat Communication Bhd, Binasat Digital Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM52.46 juta daripada Lembaga Dius Api (LDA) untuk menyediakan perkhidmatan dan perisian internet yang terurus serta selamat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pelancongan domestik Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang dengan sejumlah 216 juta pelawat dan perbelanjaan mencecah RM88.4 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, masing-masing meningkat 11.8 peratus dan 13.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.
14hari ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.
14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima surat setuju terima (LoA) daripada Kementerian Dalam Negeri bagi perkhidmatan pemasangan dan penyewaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dengan kontrak berjumlah RM36 juta.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan jumlah jualannya ke Eropah akan meningkat dengan ketara pada suku kedua bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026, disokong oleh tempahan yang tinggi baru-baru ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, Haier Group hari ini memulakan Festival Haier Global Fans ketujuh melalui jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada RM142.91 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Okt, 2025 daripada RM128.61 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.