20hari ago
PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan Hab Perisikan Data Bersepadu, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi digital menyeluruh berpacukan kecerdasan buatan (AI).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Industri insurans Malaysia bersedia memasuki fasa transformasi besar melalui inisiatif kerajaan RESET, termasuk pengenalan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta mekanisme harga berasaskan kumpulan diagnostik (DRG) bagi mengawal peningkatan kos perubatan.
22hari ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.
22hari ago
JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) — Satu jumlah pelaburan yang lebih ‘besar’ bakal diumumkan dalam masa terdekat, susulan perkembangan positif pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
23hari ago
BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) -- Peruncit dan pemborong Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) memperluaskan pasarannya apabila membuka cawangan Mydin Mart Bagan Datuk yang juga merupakan cawangannya yang ke-75 di seluruh negara.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah menyeru ke arah keupayaan inovasi yang lebih kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk pembekal Tahap-1 dan Tahap-2 untuk menyokong peningkatan, penyetempatan serta penyertaan dalam rantaian nilai global.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.
23hari ago
SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
23hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Bermula daripada minat terhadap makanan berasaskan cendawan, anak jati Pontian ini berjaya mengubah kegemaran itu menjadi perniagaan agro yang mampan, sekali gus sebagai sumber rezeki.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan empat universiti bagi menggalakkan pengeluar tempatan beralih daripada Pengeluar Peralatan Tulen (OEM) kepada Pengeluar Jenama Tulen (OBM).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)