Terdapat 3089 berita berdasarkan kata kunci carian "kenya"

AirBorneo Bakal Terima Lapan Pesawat ATR Antara 2027 Hingga 2029

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- AirBorneo memeterai perjanjian dengan pengeluar pesawat ATR untuk menempah lapan pesawat terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran dijadualkan antara 2027 dan 2029.

Sentimen Industri Pembuatan Singapura Kekal Positif Di Tengah-tengah Tekanan Global

SINGAPURA, 2 Feb (Bernama) -- Sektor pembuatan kekal optimis namun tetap berwaspada terhadap sentimen perniagaan pada separuh pertama 2026, meskipun berdepan tekanan terhadap ekonomi dan perdagangan global, menurut satu tinjauan terbaharu oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB).

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan 

SEPANG, 2 Feb (Bernama) -- Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.

IPP Pembuatan Malaysia Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Pada Januari - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan Di Sabah, Sarawak Untuk Januari 2026

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Januari 2026, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Sekatan Perpindahan Pemain Kelantan TRW Ditarik Balik - MFL

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kelab Kelantan The Real Warriors (TRW) kini boleh menarik nafas lega selepas sekatan perpindahan pemain terhadap mereka ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh Pada Julat 3.93-3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhannya, diniagakan dalam julat 3.93-3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data penting AS bagi mendapat petunjuk baharu.

Acara Eco Business Park 8 First Look Papar Peluang Baharu Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) --  Eco Business Park 8 (EBP8) menganjurkan acara “Eco Business Park 8 First Look” di Galeri Jualan EcoWorld di Eco Business Park II (EBPII) yang turut memaparkan prebiu eksklusif pembangunan perindustrian terkini di lokasi strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Unit Steel Hawk Peroleh Empat Kontrak Bernilai RM41.3 Juta Bagi Kerja Berkaitan TNB

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Malakoff Peroleh Lanjutan Operasi Portfolio Stesen Janakuasa Gas 2,082MW

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Tiga stesen janakuasa gas Malakoff Corporation Bhd dengan kapasiti agregat sebanyak 2,082 megawatt (MW) dipilih untuk meneruskan operasi sehingga 31 Dis 2029 berikutan pemberitahuan daripada Suruhanjaya Tenaga.

GDB Raih Kontrak Infrastruktur Bernilai RM121.4 Juta Daripada Bina Muhibbah Permajaya

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak infrastruktur berjumlah RM121.4 juta bagi dua projek Bina Muhibbah Permajaya Construction Sdn Bhd.

Pembiayaan Bersasar Kurangkan Tekanan Kos Ke Atas PMKS - MEF

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangka inisiatif pembiayaan bersasar seperti skim BR Prosper-i Bank Rakyat dan program pembiayaan SUCCESS SME Bank akan membantu mengurangkan tekanan dengan menyediakan pilihan pembiayaan yang lebih mudah diakses dan kompetitif.