13hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mencatat sejumlah 8.44 bilion transaksi pembayaran digital pada 2025, sekali gus membuktikan kaedah itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
13hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas Presiden AS Donald Trump melanjutkan gencatan senjata Asia Barat dengan peningkatan diterajui oleh saham perbankan seiring dengan prestasi semalaman yang lebih kukuh di Wall Street.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Pertahanan memeterai 24 kontrak dan Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM3.54 bilion di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada penutup dagangan Rabu, sekali gus mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut susulan aktiviti pengambilan untung berikutan prestasi bercampur-campur yang merentasi pasaran serantau.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.8 bilion pada 15 April 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Syarikat pengeluaran peluru tempatan, Ketech Asia Sdn Bhd merancang untuk memperkukuh portfolio produk dan aliran perolehannya melalui pengenalan dua kaliber tambahan iaitu peluru 7.62 milimeter (mm) dan 12.7mm pada tahun depan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sentimen yang lebih baik berhubung jangkaan rundingan semula antara Amerika Syarikat dan Iran walaupun Wall Street semalaman yang lemah.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan kepada penyesuaian dasar bagi mengurus tekanan kos dan pada masa sama menjamin bekalan serta keperluan asas dalam menangani kesan krisis bekalan global.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
15hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM10 bilion untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka memperkukuh daya tahan mereka terhadap impak krisis Asia Barat, kata ahli ekonomi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.