Terdapat 1487 berita berdasarkan kata kunci carian "indonesia"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41 hingga 4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan .

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Unjuran Pertumbuhan KDNK Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan hari ini susulan pengumuman unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025 yang lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

ASEAN Tolak Sebarang Bentuk Tarif Dikenakan Secara Unilateral - PM Anwar

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.

Tarif: Malaysia Sedia Laras Strategi Eksport Minyak Sawit - Johari

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimis dan bersedia melaraskan strategi eksport minyak sawit sebagai reaksi terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif baharu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ringgit Meningkat Dalam Ketidaktentuan Berterusan Susulan Ketegangan Perdagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis, tertekan oleh kebimbangan terhadap pengeluaran yang meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan unit negara maju itu di tengah-tengah ketegangan perdagangan global, kata penganalisis.

Tengku Zafrul Bertemu Wakil Perdagangan AS, Pegawai Di Washington Pada 24 April

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadualkan bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain yang berkaitan di Washington pada 24 April, untuk membincangkan tarif balas yang telah dikenakan ke atas Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis namun, dagangan kekal dalam julat kecil apabila peniaga terus memantau ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

Huawei, MCMC Sasar Latih 300 Pemimpin Digital Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh kelemahan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketidaktentuan disebabkan perang perdagangan dan ketegangan akibat tarif AS, kata seorang penganalisis.