7bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) telah melabur sebanyak US$7.88 juta (RM37 juta) dalam memperoleh empat kren gantri tayar getah (RTG) hibrid baharu daripada Mitsui E & S Co Ltd, Jepun, bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menggalakkan kemampanan alam sekitar.
7bulan ago
KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai pengawal selia autonomi tunggal bagi sektor penerbangan negara berkuat kuasa 1 Ogos, dijangka memudahkan proses kawal selia menerusi penyelarasan pengawasan di bawah satu entiti pentadbiran.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk berkongsi hasil cukai negeri itu dalam usaha menyokong pembangunan negeri serta program-program kebajikan dan sosial.
7bulan ago
BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memperkukuh komitmen terhadap Malaysia dan menyatakan kesediaan untuk meningkatkan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur negara, yang dianggapnya sebagai faktor utama bagi kesalinghubungan serantau jangka masa panjang.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Filipina menyatakan komitmennya untuk menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysia ketika ini, dalam persediaannya untuk memimpin blok serantau pada 2026, khususnya dalam memperkukuh kerjasama ekonomi serantau dan memastikan pendirian bersama terhadap isu-isu global.
7bulan ago
KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Sime Darby Property Bhd (SDP) menandatangani perjanjian usaha sama untuk membangunkan kawasan seluas hingga 809.4 hektar di Pulau Carey, Selangor, dalam usaha menyokong pertumbuhan inovasi dan ekonomi mampan di pulau tersebut.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) kekal optimis terhadap prospek tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meskipun beroperasi dalam persekitaran industri minyak dan gas yang mencabar ketika ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
7bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Aleph, firma pengiklanan digital global menjenamakan semula entitinya di Asia Pasifik (APAC) iaitu MediaDonuts sebagai Aleph untuk pasaran Malaysia dan di tujuh pasaran utama lain di rantau ini.