8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasaran dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan peniaga mengambil untung selepas pengukuhan unit tempatan itu baru-baru ini selain ditekan prospek ekonomi global yang tidak menentu.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sentimen perniagaan Malaysia kekal optimistik pada suku kedua 2025, dicerminkan oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 2.0 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan berterusan dolar AS dalam keadaan peningkatan kebimbangan mengenai trajektori fiskal Amerika Syarikat (AS) dan dasar perdagangan yang tidak konsisten.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi sedikit pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah yang lebih kukuh.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir mendatar pada Isnin dengan indeks utama menyusut sedikit, terjejas ekoran aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter telekomunikasi.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di persekitaran prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan penjualan Wall Street semalaman.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan oleh akitiviti pengambilan dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas penurunan Wall Street susulan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap Kesatuan Eropah (EU), kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan lantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan selepas penurunan baru-baru ini.