Terdapat 1955 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal dalam jajaran kecil pada jangka masa terdekat berikutan ketiadaan perkembangan penting, sambil berhati-hati terhadap sebarang tanda-tanda kemerosotan ke atas kestabilan di Timur Tengah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merekodkan penurunan untuk ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh langkah pengambilan untung berterusan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai konflik Israel-Iran. 

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur, Indeks Komposit Naik Sedikit

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Merosot

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Rakuten Trade Turunkan Unjuran Hujung Tahun FBM KLCI 2025 Kepada 1,630

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menyemak semula sasaran akhir tahunnya bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,630 daripada unjuran awal 1,730, sejajar dengan penurunan pendapatan korporat baru-baru ini.

Saham Kewangan Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat  dengan mencatat kenaikan kecil susulan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan yang memacu indeks petunjuk utama, kata penganalisis.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten dalam memastikan ekonomi lebih mampan dan keyakinan pelabur tidak terjejas.

Tiada Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam, kata penganalisis.

Sentimen Waspada Pacu Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Timur Tengah yang kian meruncing, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dengan konflik antara Israel dan Iran yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan pasaran, terutamanya dalam sektor minyak dan tenaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam situasi kekurangan sentimen pasaran yang positif, kata penganalisis.