1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd susut kepada RM338.90 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM430.40 juta pada suku ketiga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan menggalakkan pendapatan pelaburan asing syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik dan ditukar kepada ringgit tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kekukuhan dolar AS selain penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.